Rabu, Disember 15, 2010

Hari Terakhir

Akhirnya hari yang ditunggu tiba jua.. hari ini Rabu 15/12/2010 adalah hari terakhir aku bersama Perunding Alam Bakti selepas 6 tahun bekerja di sini. Mungkin hari ini juga akan menjadi hari terakhir aku datang di Jalan Kuchai Lama, Kuala Lumpur, tempat yang banyak mencipta kenangan dan memori yang indah.. yang manis.. yang pahit.. yang kelat.. semuanya ada.

Esok aku akan pergi jauh.. jauh dari sini.. pergi untuk menenangkan fikiran, pergi untuk membuang semua kenangan selama aku di sini dan juga pergi untuk membuang sebuah impian yang tak mungkin akan tercapai. Selepas balik dari bercuti aku akan mulakan kerja di tempat baru dengan semangat baru azam baru dan serba serbi baru. Semoga semuanya akan berjalan dengan lancar.

Jum layan lagu ni...

Berikan aku bahagia

Berikanku bahagia
Hidup bebas
Mencari jalan sendiri
Jauhi akan derita

Ku jangan diganggu lagi
Kasihanilah
Ku ingin nikmat bahagia
Menempuh hidup baru

Kata manis sumpahan
Janji akan setia
Curahan ketika kita
Dalam bermesra

Oh itu
Hanyalah godaan
Memujuk hati ini
Oh itu telah pun ku tahu
Diriku telah terpedaya

Jumaat, Disember 10, 2010

Kenduri Kahwin

Anis masa malam pernikahan

Di saat kedua mempelai di atas pelamin.. keesokkan harinya..

Bersama adik ipar...

Adik aku yang ke 5 bersama isterinya..

Jumaat, November 26, 2010

Aku Pasrah

Ya Allah, seandainya engkau catatkan,

Dia milikku, tercipta buatku,

Satukanlah hatinya dengan hatiku,

Ya Tuhan Maha Mengasihi,

Seiringkanlah kami melayari hidup ini,

Ketepian yang sejahtera dan abadi

Tetapi Ya Allah, seandainya telah engkau takdirkan,

Dia bukan milikku,

Bawalah ia jauh dari pandanganku,

Luputkanlah ia dari ingatanku,

Dan peliharalah aku dari kekecewaan.

Serta Ya Allah Ya Tuhanku yang Maha Mengerti,

Berilah aku kekuatan,

Melontar bayangannya jauh ke dada langit,

Hilang bersama senja nan merah,

Agar aku tetap bahagia walaupun tanpa bersama

dengan dirinya.

Ya Allah Ya Tuhanku,

Pasrahkanlah aku dengan takdirmu,

Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan,

Adalah yang terbaik buatku,

Kerna Engkau Maha Mengetahui segalanya,

Aku hanyalah seorang hambamu yang lemah.


Indah sungguh catatan ini.. di ambil dari catatan seseorang.. nak mengarang sendiri tak reti.. copy ajer laa.... hehehe

Jum layan lagu ni... Hatiku Kau Curi... (clik kat sini utk dgr lagu)

Hari Raya Aidil Adha

Ingatkan raya haji tak nak balik kampung. Cuti pun tak amik.. sebab cuti dah abis. Cuma tinggal 2 hari jer nak amik masa bawa anak2 pegi bercuti. Tapi last minit aku balik juga ke Jengka. Terpaksalah tempoh kesesakan yang melampau kat sepanjang perjalann tapi bukan aku yg drive.. suami aku yg teruk.. aku tidur jer kat sebelah.. apalaa punya isteri... hehehe.. saboo jelaaa..

Budak-budak memang seronok kalau balik kampung. Walaupun tak berjalan ke mana-mana pun tapi ruman tetap meriah sebab ramai yg balik. Abah aku pula masuk satu bahagian korban. Kenalah masak bila dah bawa balik daging dan tulang. Memang seronok bila bersama ahli keluarga yang lain. Selepas Maghrib kami bertolak balik ke rumah.

Khamis, November 18, 2010

Hari Anugerah Cemerlang PASTI


Seronok Syahmi menyanyi...


Berakhirlah sudah sessi persekolahan bagi anak ku yang ke 4.. Muhammad Syahmi di Tadika PASTI. Tahun depan masuk Pra di Sek. Keb. Bandar Tasik Kesuma.

Seronok tengok budak tadika buat persembahan.. Tak perlu fikir apa-apa happy jer diaorg.. apa cikgu suruh buat diaorg buat.. tapi teruk jugak lah cikgu nak kontrol budak-budak ni.. Ada persembahan boria.. ada dikir barat.. ada nasyid.. meriah betul.




Isnin, November 08, 2010

Bila Kita Diuji

Gambar ini di ambil pada Sabtu lepas ketika dalam kelas. Lecturer kat depan bercakap sempat lagi kami berposing..

Hidup ini sentiasa diuji. Kadang berat kadang ringan. Kalau tak kuat kita kan jatuh tersungkur. Namun walaupun sekuat mana kita dalam hati tetap terasa. Airmata tetap akan mengalir. Menangis la sepuas hati. Agar lega hati yang terseksa. Takdir tuhan tiada siapa yang menduga.

Macam-macam yang berlaku dalam hidupku. Berbagai dugaan yg telah kutempuhi. Namun aku masih mampu tersenyum. Semoga tuhan akan terus tabahkan hatiku dalam meneruskan hidup yang penuh berliku ini.

Semoga Allah tetap tabahkan hatiku.. walau beribu dugaan yang melanda aku harus mampu tempuhinya demi keluargaku yang tercinta.

Jum layan lagu ni: Lagu ni takder kena mengena dgn ini cerita ..hahahaa

Bila cinta kini
Tak lagi bermakna
Yang ku rasa kini
Hanyalah nestapa
Ditinggalkan cinta masa lalu

Dulu kau tawarkan
Manisnya janjimu
Yang ku sambut itu
Dengan segenap hatiku
Bila engkau pergi
Tinggalkanku

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku memilih
Cinta yang fana

Perginya dirimu
merobek jantungku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan
Uuu…
Dalam harapan

Jumaat, Oktober 22, 2010

Tiada lagi dirimu

Ke Mana Di Mana

Masa yang lepas tak akan kembali
Kisah yang berlalu tak kunjung lagi
Ke mana di mana hatiku merayu
Serupa denganmu tak akan bertemu

Walaupun bertahun ku cari tiada gantinya
Hanya kenangan sahaja turut menjelma
Menangis kalbuku bertanya hilang ke mana
Mungkinkah sunyi akhirnya untuk selamanya

Hendak ku ikut rasa takut binasa
Ingin ku bermanja dikau tiada
Hanyalah yang tinggal kenangan bersama
Hilangmu ku tanya ke mana di mana

Walaupun bertahun ku cari tiada gantinya
Hanya kenangan sahaja turut menjelma
Menangis kalbuku bertanya hilang ke mana
Mungkinkah sunyi akhirnya untuk selamanya

Hendak ku ikut rasa takut binasa
Inginku bermanja dikau tiada
Hanyalah yang tinggal kenangan bersama
Hilangmu ku tanya ke mana di mana

Jumaat, Oktober 15, 2010

Tangling lagi 15/10/2010














Bersama Kak Noraini Ibnu dan Nik Aida Dj KLFM






Makan..makan...jumpa kawan-kawan..
seronok dapat jumpa kawan2 tapi entah la aku hari tu.. tak berapa ceria .. kepala pulak rasa berat jer.. Tapi di sebabkan dah berjanji aku sampai jugak. Senyum dan tawa kurasakan dlm paksa ja.. entah la apa yg membelenggu rasa...

Isnin, Oktober 11, 2010

Open House


Open house yg terakhir tu pun selepas abis bulan Syawal.. Norazah Badarudin rakan sekelas masa form 4 dulu.. seronok dapat jumpa.. byk benda nak bercerita tapi masa tak mengizinkan..


Open opis Bahagian Bangunan, MPKJ


Open house rumah Kak Nass Bandar Baru Bangi.. kawan sekampung..walaupun dari satu kampung dah 30 tahun lebih tak pernah berjumpa


Open house rumah Syira, Pandan Indah


Open house Kak Izan kat Mutiara Bowling, Jalan Ipoh, sempat lg bergambar dgn Kak Izan Tokey bowling.. Anak2 plak sempat membowling lepas makan.



Berakhir sudah bulan Syawal, berakhir la juga jemputan open house. Tiap minggu ada jemputan.. letih tapi seronok dapat jumpa kawan2..

Jumaat, September 24, 2010

Majlis Perjumpaan Hari Raya SMKJ2



Seronok dapat jumpa kawan2 lama semasa sekolah di SMKJ 2 semasa hari raya ke tiga. Perjumpaan di buat di Mercu View Bandar Pusat.. Ramai jugak yg hadir. Cikgu pun ramai yg hadir. Tak puas rasanya bercerita. Rasa masa terlalu singkat.

Bergambar bersama Cikgu Razali. Tak sangka Cikgu nak bergambar dgn aku. Kalau ikutkan aku memang la segan sebab sapalah aku.. Cikgu mengajar kelas sains tapi aku kelas sastera tapi bila Cikgu bertanya Shamrah awak tak nak bergambar dgn saya ker terkejut plak aku.. hehehe

Bila letak gambar dgn Cikgu kat FB tak berani budak2 ni nak komen.. Kalau gambar aku yg lain abis dikomennya.. terutama gambar dgn Mad.. kesian kat Mad.. hehehhee

Ni pulak dgn Cikgu Wan. Cikgu asrama. Dulu memang la aku geram dgn Cikgu Wan sebab aku ni nakal skit masa kat asrama. Pernah kena rotan dgn Cikgu Wan masa form 5 sebab masa tu tgh SPM. Semua org dlm bilik s tudy. Aku pun samalah tapi lepas Cikgu ronda aku pun masuk bilik utk tidur. Tak sangka Cikgu Wan naik ronda lagi. Masa tu aku dah landing atas katil. Apa lagi kenalah aku serotan dgn Cikgu... hahahaha.. bila ingat semula sekarang.. rasa nak gelak la plak.. napelah aku nakal
sangat..

Terima kasih kepada penganjur kerana berjaya mengadakan majlis yg meriah. Semoga 2012 kita akan berjumpa lagi.

Tak dapat dibayangkan kegembiraan bertemu kawan2 sekolah. Rasanya Hari Raya tahun ni yg paling meriah dan bermakna dalam hidupku.

Jumaat, September 17, 2010

Salam Aidil Fitri

Aidil Fitri datang lagi. Salam Aidil Fitri buat semua yang mengenali diriku. Memang seronok raya tahun ni meriah betul.

Aku bertolak dari rumah selepas berbuka puasa pada hari rabu lebih kurang 10 malam. Sampai kat Jengka dalam jam 4 pagi hari Khamis. Bleh tahan jugak jalan jem. Syukur kami sampai dgn selamat. Sampai ajer terus sahur. Lepas tu sambung tidur dan bangun semula utk solat Subuh.

Hari Khamis adalah hari yg sibuk sebab buat persediaan utk hari raya. Mak sibuk buat ketupat palas, suami aku pulak merebus ketupat nasi. Aku buat rendang ayam. Selepas selesai berehat sekejap sementara menanti waktu berbuka selepas tu aku buat kuah laksa plak di sebelah malam. Aku sekeluarga saja yg beraya kat Jengka sebab yg lain semua beraya umah mertua sebab tu aku sibuk betul. Tak menang tgn buat keja. Adik2 yg bujang semua lelaki.. bukan leh di harap sgt.

Pagi raya memang kalut. Selepas solat raya ramai tetamu yg datang. Kelam kabut aku. Nasib ler ada anak daraku menolong. X sempat nak berjalan. Sebelum tengah hari laksa dah abis. Sabar jelah.. aku yg masak pun x sempat nak rasa..hehehehe..Petang raya sempat la jugak aku beraya umah kawan2 yg rapat. Sampai malam baru balik. Sakan betul aku raya tahun ni.. hehehe
Ini saja ahli keluarga yg ada, yg lain beraya kat umah mertua masing2. Memang nasib aku bila turn aku balik beraya kat jengka cuma keluarga aku saja yg ada. kenalah keja lebih skit.. huhuhu

Pada hari raya kedua aku dah planning nak ke Bukit Tajau rumah kawan sekolah masa aku bersekolah kat Maran dulu. Lama kami tak jumpa namun kami tak pernah putus hubungan. Keluarga dia pun kenal aku sebab masa sekolah selalu pergi ke sana. Mula ingat nak pergi awal tapi sepupuku pulak datang. Petang baru kami bertolak ke Bukit Tajau. Seronok dapat jumpa kawanku dan keluarganya. Di samping itu aku memang berhasrat utk berjumpa keluarga angkatku di sana. Namun mek dan ayah dah lama takder. Rasa terkilan juga kenapa dulu aku tak terniat nak datang bertemu dgn mereka. Tapi aku dapat berjumpa dengan abang angkatku. Masih handsome macam dulu. Rasa macam tak percaya jer kami akan bertemu semula selepas lebih 20 tahun. Disebabkan dah petang tak sempat aku nak berjalan ke rumah kawan2 yang lain kat sana. Namun aku gembira kerana akhirnya hasratku tercapai jugak untuk bertemu dgn kawanku yg sorang tu dan juga abg angkatku. Sekarang hubungan yang terputus sekian lama bersambung semula walaupun hanya melalui telefon sahaja sebab kawanku jauh di Johor dan abang angkatku jauh di Dungun.

Dalam keseronokan berhari raya aku tetap tak lupa pada seorang kawanku yang tak sudi datang kerumahku dengan keluarganya walaupun telah diajak olehku. Takper la apa nak buat agaknya aku bukan kawan dia.

Ahad, Ogos 15, 2010

Ziarah Ramadan YKS Bersama Anak-anak Yatim

Syukur alhamdulillah, program Ziarah Ramadhan YKS yang berlangsung di dewan Flat Sri Sabah berjalan dengan lancarnya walaupun dalam keadaan yg serba sederhana. Program ini merupakan salah satu aktiviti YKS sempena bulan Ramadhan.

Seawal 2 petang aku dah sampai ke flat Sri Sabah untuk sama-sama menolong menyediakan juadah untuk majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim sekitar Parlimen Bandar Tun Razak dan Gombak. Majlis bersama anjuran pertubuhan Jalinan Kasih Sri Sabah, YKS dan AKW ini di buat di Flat Sri Sabah dan aku sebagai sukarelawan YKS bersama sukarelawan yg lain dan juga penuntut Institut Baitulmal bersama menyumbangkan tenaga untuk menjayakan majlis ini. Aku dtg sorang saja sebab kalau bawa anak2 tentu takleh nak menolong. Suamiku akan bawa anak-anak ku nanti bila dekat waktu berbuka. Antara juadah yg dimasak utk berbuka ialah ayam masak merah, gulai daging, sayur campur dan bubur lambuk.






Walaupun masing-masing berpuasa tapi kemeriahan tetap terasa dengan usik mengusik dan lawak jenaka semasa bergotong royong.

Sementara menanti waktu berbuka majlis dimulakan dengan penyampaian sumbangan untuk anak-anak yatim tersebut.

Letih memang letih sampai aku tak lalu makan. Berbuka dgn bubur lambok dan kuih saja. Tapi kepuasan dan keseronokan terpancar di hati kerana dapat melakukan kerja-kerja amal di bulan Ramadhan ini. Insyaallah minggu depan majlis akan diadakan di Gombak pulak.

Sabtu, Ogos 14, 2010

Sepasang Telekung Di Bulan Ramadhan


Sepasang telekung bersulam penuh dari Indonesia harap akan memberi makna dalam hidupku.

Sungguh tak ku sangka akan menerima hadiah yang amat bernilai sekali sepasang telekung dari seorang sahabat yang baik hati di bulan Ramadhan yang mulia ini. Terharu rasa di hati kerana sepasang telekung ini menguatkan lagi niatku untuk beribadat padaMu Ya Allah dan memohon keampunan dariMu di atas segala dosa-dosaku yang lalu. Aku hanya insan biasa yg kadang kala alpa terhadap suruhanMu Ya Allah sehingga aku hampir tersungkur oleh ujianMu. Namun begitu aku bersyukur kerana aku disedarkan olehMu untuk kembali ke jalanMu semula.

Ya Allah Ya Tuhan ku, ampunilah segala dosa dosaku. Kau berilah aku ketabahan, kekuatan dan kesabaran untuk aku meneruskan hidup ini. Kau lindungilah aku dari segala kejahatan dunia ini. Kuatkanlah imanku Ya Allah agar aku tak terpesong dari jalanmu lagi.

Buat sahabatku yang baik hati terima kasih yang tak terhingga atas pemberian yang bermakna darimu ini. Semoga kita akan sama-sama mendapat keberkatan dari Allah. Aminn..

Selasa, Ogos 10, 2010

Salam Ramadhan




Pejam celik pejam celik tak sedar Ramadhan datang lagi. Terasa cepatnya masa berlalu. Salam Ramadhan Al-Mubarak buat semua yg mengenaliku. Semoga Ramadhan yg dtg ini akan memberi keberkatan dan keinsafan kepadaku dan juga sahabatku semua.

Sehari sebelum Ramadhan dapat jemputan membakar ikan kat Bellamy. Apa lagi pucuk dicita ulam mendatang. Jadik ajer aku. Punyala panas membakar ikan pastu ramai plak orang macam esok takleh makan sampai bila-bila dah.. Hehehe aku ni ngata kat org aku pun sama.

Pada kenkawan yang tak diajak tu maaflah yer. Aku pun diajak org pastu terkejut tergempaq plak tu. Tak sempat nak keloi sesapa dah. Tu yg amik gambaq ni nak bagi org jelez.. kih kih kih.. satgi adala org tu dok jerit kat sini sebab tak ajak dia.. Jgn maraaa noo.. lain kali cheq ajak..

Dan pada tokey sabun yg mengajak untuk memberingin kat Bangsar.. maaf la dear aku dah ditempah awal utk membakar ikan kat Bellamy. Tak dapat aku nak join memberingin dgn budak black. Apa nak buat tak dapek den nak nolongnya.. hehehe

Selamat berpuasa buat semua..