Jumaat, November 26, 2010

Aku Pasrah

Ya Allah, seandainya engkau catatkan,

Dia milikku, tercipta buatku,

Satukanlah hatinya dengan hatiku,

Ya Tuhan Maha Mengasihi,

Seiringkanlah kami melayari hidup ini,

Ketepian yang sejahtera dan abadi

Tetapi Ya Allah, seandainya telah engkau takdirkan,

Dia bukan milikku,

Bawalah ia jauh dari pandanganku,

Luputkanlah ia dari ingatanku,

Dan peliharalah aku dari kekecewaan.

Serta Ya Allah Ya Tuhanku yang Maha Mengerti,

Berilah aku kekuatan,

Melontar bayangannya jauh ke dada langit,

Hilang bersama senja nan merah,

Agar aku tetap bahagia walaupun tanpa bersama

dengan dirinya.

Ya Allah Ya Tuhanku,

Pasrahkanlah aku dengan takdirmu,

Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan,

Adalah yang terbaik buatku,

Kerna Engkau Maha Mengetahui segalanya,

Aku hanyalah seorang hambamu yang lemah.


Indah sungguh catatan ini.. di ambil dari catatan seseorang.. nak mengarang sendiri tak reti.. copy ajer laa.... hehehe

Jum layan lagu ni... Hatiku Kau Curi... (clik kat sini utk dgr lagu)

Hari Raya Aidil Adha

Ingatkan raya haji tak nak balik kampung. Cuti pun tak amik.. sebab cuti dah abis. Cuma tinggal 2 hari jer nak amik masa bawa anak2 pegi bercuti. Tapi last minit aku balik juga ke Jengka. Terpaksalah tempoh kesesakan yang melampau kat sepanjang perjalann tapi bukan aku yg drive.. suami aku yg teruk.. aku tidur jer kat sebelah.. apalaa punya isteri... hehehe.. saboo jelaaa..

Budak-budak memang seronok kalau balik kampung. Walaupun tak berjalan ke mana-mana pun tapi ruman tetap meriah sebab ramai yg balik. Abah aku pula masuk satu bahagian korban. Kenalah masak bila dah bawa balik daging dan tulang. Memang seronok bila bersama ahli keluarga yang lain. Selepas Maghrib kami bertolak balik ke rumah.

Khamis, November 18, 2010

Hari Anugerah Cemerlang PASTI


Seronok Syahmi menyanyi...


Berakhirlah sudah sessi persekolahan bagi anak ku yang ke 4.. Muhammad Syahmi di Tadika PASTI. Tahun depan masuk Pra di Sek. Keb. Bandar Tasik Kesuma.

Seronok tengok budak tadika buat persembahan.. Tak perlu fikir apa-apa happy jer diaorg.. apa cikgu suruh buat diaorg buat.. tapi teruk jugak lah cikgu nak kontrol budak-budak ni.. Ada persembahan boria.. ada dikir barat.. ada nasyid.. meriah betul.




Isnin, November 08, 2010

Bila Kita Diuji

Gambar ini di ambil pada Sabtu lepas ketika dalam kelas. Lecturer kat depan bercakap sempat lagi kami berposing..

Hidup ini sentiasa diuji. Kadang berat kadang ringan. Kalau tak kuat kita kan jatuh tersungkur. Namun walaupun sekuat mana kita dalam hati tetap terasa. Airmata tetap akan mengalir. Menangis la sepuas hati. Agar lega hati yang terseksa. Takdir tuhan tiada siapa yang menduga.

Macam-macam yang berlaku dalam hidupku. Berbagai dugaan yg telah kutempuhi. Namun aku masih mampu tersenyum. Semoga tuhan akan terus tabahkan hatiku dalam meneruskan hidup yang penuh berliku ini.

Semoga Allah tetap tabahkan hatiku.. walau beribu dugaan yang melanda aku harus mampu tempuhinya demi keluargaku yang tercinta.

Jum layan lagu ni: Lagu ni takder kena mengena dgn ini cerita ..hahahaa

Bila cinta kini
Tak lagi bermakna
Yang ku rasa kini
Hanyalah nestapa
Ditinggalkan cinta masa lalu

Dulu kau tawarkan
Manisnya janjimu
Yang ku sambut itu
Dengan segenap hatiku
Bila engkau pergi
Tinggalkanku

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku memilih
Cinta yang fana

Perginya dirimu
merobek jantungku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan
Uuu…
Dalam harapan