Sabtu, Julai 31, 2010
SALAM TERAKHIR
Sabtu, Julai 24, 2010
Trip To UUM Hari Terakhir 18/7/2010
Selesai Exam sambung plak utk presentation. Rasanya group aku yang paling byk dapat markah utk presentation sebab aku sempat intai markah yg lecturer tulis.. hehehhe.. Lega selepas selesai semuanya. Kelas kami yang paling awal habis dekat 12 dah abis. Tapi kami bertolak lambat jugak sebab tunggu kelas lain yg lambat. Kesian betul kat kawan2 aku y g masuk kelas tu. Selepas semua dah naik bas dalam 2 lebih jugaklah, kami di bawa ke The Mall dlm UUM jugak untuk beli sedikit cenderamata sebagai kenang-kenangan.

Muka masing-masing ceria jer selepas selesai segalanya. Tunggu nak balik jer..
Lebih kurang pukul 4 kami bertolak keluar dari UUM. Apa lagi semuanya keletihan terus jer tidur. Sedar tak sedar dah nak sampai Penang. Syukur Alhamdulillah bas kami ok sebab bas yg satu lagi rosak. Terpaksa tunggu bas ganti. Kesian diaorg sampai lambat kat Kajang.
Kami berhenti rehat kat RnR Tapah dekat kul 8 malam. Selepas itu kami terus bertolak ke Kajang. Kami sampai kat Kajang 11 lebih. Suami aku dah menunggu bersama anak2. Kesian anak aku yg kecik punyalah rindu kat mak dia peluk tak mau lepas. Tak henti-henti mulut dia bertanya mak pegi mana dan kenapa tak bawa adik sama. Syukur aku selamat kembali ke sisi keluarga. Insyaallah nanti akan ke UUM lagi pada hari Konvokesyen.
Selasa, Julai 20, 2010
Jejak Kasih

Sungguh tak di sangka aku akan berjumpa lagi dengan Cikgu ini kerana selepas abis darjah 6 aku tak pernah berjumpa lagi dgnnya. Tapi pada 17/7/2010 aku berjumpa semula selepas sekian lama. Cikgu Abu Idris itulah cikgu yg aku katakan. Walaupun keletihan selepas balik dari kuliah dan ada asignment yg nak dibuat dan nak baca buku.. tapi bila Cikgu telefon kata nak amik aku kat hotel cepat2 aku bersiap. Cikgu datang dgn anak lelaki dia. Cikgu bawa aku ke kedai makan dekat stadium Darul Aman. Kami makan yong tau foo. Sebab aku anak murid jadi akulah yang belanja.
Memandangkan aku byk keja nak buat jadi selepas makan terus Cikgu hantar aku balik ke hotel. Memang Cikgu berhasrat nak bawa aku pi ronda2 Alor Setar tapi nak buat camna keadaan tak mengizinkan. Sampai jer ke hotel cikgu bagitau dia ada bawa rambutan untuk aku. Nasiblaa anak dia yg hantar rambutan tu sampai ke lift. Malam tu sambil berjaga buat keja sekolah kami ramai2 kendurikan rambutan tu. Terima kasih cikgu. Insyaallah kalau ada rezeki kita berjumpa lagi.Isnin, Julai 19, 2010
Trip Ke UUM Hari Kedua 17/7/.2010

up kami jer.. maklumlah dari Kajang jer 2 buah bas, pastu Seremban 1 bas dan Melaka 1 bas. Dekat jam 8 baru kami bertolak ke UUM. Maklumlah semua murid2 dewasa susah nak kontrol. Ada yang bangun lambat terpaksalah tunggu. Kami sampai kat UUM dlm 8.45 pagi.. terus masuk kelas.Sempat lagi aku berposing sebelum kuliah
bermula.Sampai jer bilik letihnya tak terkata tapi tak boleh tidur awal sebab kami dibekalkan dengan asignment dan juga kena diskus dgn group utk presentation esok. Buku pun nak kena baca sebab esok ada exam. Aduss pressure jugak. Aku tidur mlm tu dlm 2. 30 pagi. Esoknya terbangun lambat skit dekat 6.30. Kelam kabut mandi.. nasib baik sempat.. hehehe..
Dalam
keletihan selepas seharian dgr lecturer bagi kuliah.. sempat jugak kami berposing dalam bas sementara menunggu kelas lain abis untuk balik ke hotel.Ahad, Julai 18, 2010
Trip Ke UUM Hari Pertama 16/7/2010
Seperti yang di rancang pada 16/2/2010 aku bertolak dari Kajang ke Kedah untuk study dan test module MIS HRM kat UUM Sintok pada 17/2 & 18/7/2010. Seronok sungguh bila naik bas dgn kawan2 seperjuangan. Rasa macam zaman sekolah dulu masa nak pi rombongan. Seronok betul. Lupa sekejap segala masalah yang melanda, yang ada dlm fikiran cuma esok nak kuliah kat UUM.
ihan tetap terasa. Selepas check in terus masuk bilik..rehat. Ingatkan malam nak jalan2 sekitar Alor Setar tapi memandangkan kami semua keletihan dan esok seawal 7.30 pagi kami dah nak bertolak ke UUM jadi kami semua lepak kat bilik jer. Kononnya nak tidur awal sembang punya sembang 12 lebih jugak kami tidur...Ahad, Julai 11, 2010
Shopping
Berehat sebentar selepas selesai membeli pakaian untuk suami dan anak2 lelaki ku. Jap lagi nak sambung plak membeli pakaian utk aku dan anak2 perempuan. Shopping awal2 ni senang nak cari baju kaler sedondon.
Sempat lagi berposing tu.. budak2 ni memang seronok kalau bawa pegi jalan-jalan. Abang diaorg taknak ikut. Sejak dah besar ni dia jarang ikut kami pegi jalan-jalan. Tapi takper baju melayu utk dia dah siap dibeli.

Dah selesai shopping. Nak balik dah. Budak2 ni tak letih pun. Mak dia plak rasa cam nak tercabut kaki sebab berjalan. Letihnya.. nasibla bukan bulan puasa. Lepas ni cuma tambah apa yg patut jer sebab pakaian utama utk hari raya dah siap. Hehehe kesian suami aku yang membayarnya. Tapi takper janji happy.
Sabtu, Julai 03, 2010
Slim Juice Bersama AKW
Memang tak disangka aku akan muncul di kaca tv... macam artis jer.. hehehhe.. perasan la plak. Memang tak boleh nak dicakap perasaan ketika itu... maklumlah kali pertama beraksi di depan kamera.. sejuk seluruh badan..menggigil.. tapi berjaya jugak melaluinya.. nasib tak pengsan atau gabra tidak jadi macam citer seniman bujang lapok la plak.. hahahahaaDebaran di hati berakhir jugak.. syukur semuanya berlalu dgn ok.. Bersama Zamzarina live di TV1 pagi tadi memperkenalkan produk Slim Juice.. minuman kecantikan untuk semua. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai slim juice boleh la layari laman web www.simbaza.com ataupun menghubungi no tefon 0193747463. Slim juice memang berkesan rugi tak mencubanya.
Pengalaman yang tak mungkin dilupakan seumur hidup ini. Mula2 sampai dah macam artis rasanya bila di bawa ke bilik solek dan disolek oleh jurusolek kat sana. Bercakap secara spontan tanpa skrip agak susah jugak tp dgn pertolongan Zamzarina aku berjaya melaluinya walaupun sedikit menggigil.




