Rabu, Jun 16, 2010

Kenduri Kahwin


Hari perkahwinan adik ipar lelaki pada 12/6/2010















Sepupuku anak Mak Tehku, Kenduri pada 10/6/2010

Biasalah time cuti sekolah mulalah dapat jemputan. Kali ni kat Kedah umah mak saudaraku dan kat umah mak mertuaku, adik ipar aku yg kahwin. Memang seronok balik kg tapi letihnya.. lepas kenduri nak cuci umah. Masa kenduri kat Kedah umah mak saudaraku ok laa... sebab aku tetamu.. pasang badan jer la..heehehee.. Tapi bila kenduri umah mak mertuaku.. kenalah buat kerja.. sebelum kenduri tolong itu tolong ini.. pastu hari kenduri tu tak la teruk sgt.. bila dah abis kenduri.. nak kemas umah semula.. letihh.. nasib la mak mertua aku ramai anak dan menantu..

Yang tak bestnya lepas kenduri bila dah balik umah sendiri aku kena serangan penyakit gatal2 badan. Sampai kena jumpa doktor amik injection. Kalau tidak takleh tidur.Doktor kata aku alergic.. entah apa yg aku makan.. seksa betul..


Isnin, Jun 07, 2010

Meeting N Makan


KOSIM meeting lagi.. kali ini meeting ada ALK baru yang dilantik. Pengerusi baru pun telah dilantik. Semoga dgn kewibawaan pengerusi baru ini, KOSIM akan dapat bergerak setelah selama ini sepi tanpa aktiviti.

Harapan yg kami bawa untuk pengerusi baru ini amat tinggi. Kami rela bekerja keras bersama agar apa yang diimpikan terlaksana.. takper meeting setiap minggu pun kami sanggup.. janji hasilnya akan berbuah nanti.. Itulah harapan setiap ahli KOSIM.

Macam biasa selepas bermeeting kami menjamu selera bersama.sama. Biasalah Kak Z.. sentiasa nak berposing apalagi aku pun tumpang sama laa..tapi heran jugak awat gambaq ni kami dok pandang kut lain..kamera angle kut lain.. isshhh..heran la plak.. hehehehe .. Makan punya makan.. sembang punya sembang pukui satu lebih baru sampai umah.. nasib baiklah esok Sabtu.. tak keja.. tidah jenuh takleh bangun pagi.. hehehehehe