Sejak pertemuan kita yang pertama dulu tidak kusangka hatiku akan terpikat padamu. Kau memang menawan dan bergaya hingga aku terasa ingin memiliki dirimu. Takkan ku biarkan insan lain memiliki dan menyentuh dirimu. Kau dan aku telah ditakdirkan bersatu hanya waktu dan masanya belum tiba.. Aku akan berusaha sedaya upayaku untuk memiliki dirimu.. itulah tekad dan azamku.. dan aku takkan mengalah walaupun seribu halangan yang datang. Walau harus ku genggam bara dan harus ku harungi lautan api kau pasti jadi milikku.. Itu janjiku padamu sayang... bersabarlah menunggu kehadiranku..
Namun begitu pada waktu itu aku hanya mampu memandangmu. Aku masih belum bersedia untuk memiliki dirimu. Setiap hari aku merinduimu. Terasa ingin bertemu namun kesibukanku mengatasi segalanya. Aku terus membiarkan diriku mengingati dan merinduimu. Hanya kau dihatiku.. tiada yang lain..
Hari demi hari .. bulan demi bulan.. terlalu cepatnya masa berlalu.. aku masih belum berjaya memilikimu. Hanya aku mampu membayangkan alangkah bahagianya jika kau berada di sisiku. Kau dan aku amat sesuai dan sepadan. Memang tidak dinafikan.Tentu ada insan yang cemburu bila menyaksikan aku bergaya bersamamu. Keanggunan kita akan terserlah bila kita bersama. ahhhh bilakah saat dan waktu itu akan tiba... tak sabar rasanya menanti saat yang bahagia itu..
Kini sudah hampir empat bulan aku tidak bertemu denganmu. Rupanya kau masih setia menungguku. Terima kasih sayang atas kesetiaanmu itu. Aku terharu sekali dan
menghargai pengorbananmu itu. Yang pasti suatu hari kau dan aku akan bersama jua.. bersama menyusuri saat bahagia dan indah yang akan kita cipta.. hanya kita berdua..
Hari ulangtahun kelahiranku bakal tiba tidak lama lagi.. mungkin sudah ditakdirkan kau dan aku akan bersama pada hari tersebut untuk sama-sama mencipta suatu memori indah yang akan dikenang sampai bila-bila. Kalau itulah kenyataannya.. akulah insan yang paling bahagia di dunia ini kerana impian dan harapanku akan tercapai. Tak sabar rasanya menunggu kehadiran hari tersebut.. Tak lama lagi sayang.. sabarlah.. ianya pasti akan tiba dan kita pasti akan bersama.. Dapat ku bayangkan alangkah indahnya saat pertemuan itu nanti.. Pertemuan di antara diriku dan sehelai baju biru...berada dibutik sahabat karibku di Ampang.. Baju biru yang penuh bergaya kau pasti jadi milikku jua.. tunggguuuu aku pasti datang...
Sabarlah sayang aku pasti datanggg............
Namun begitu pada waktu itu aku hanya mampu memandangmu. Aku masih belum bersedia untuk memiliki dirimu. Setiap hari aku merinduimu. Terasa ingin bertemu namun kesibukanku mengatasi segalanya. Aku terus membiarkan diriku mengingati dan merinduimu. Hanya kau dihatiku.. tiada yang lain..
Hari demi hari .. bulan demi bulan.. terlalu cepatnya masa berlalu.. aku masih belum berjaya memilikimu. Hanya aku mampu membayangkan alangkah bahagianya jika kau berada di sisiku. Kau dan aku amat sesuai dan sepadan. Memang tidak dinafikan.Tentu ada insan yang cemburu bila menyaksikan aku bergaya bersamamu. Keanggunan kita akan terserlah bila kita bersama. ahhhh bilakah saat dan waktu itu akan tiba... tak sabar rasanya menanti saat yang bahagia itu..
Kini sudah hampir empat bulan aku tidak bertemu denganmu. Rupanya kau masih setia menungguku. Terima kasih sayang atas kesetiaanmu itu. Aku terharu sekali dan
menghargai pengorbananmu itu. Yang pasti suatu hari kau dan aku akan bersama jua.. bersama menyusuri saat bahagia dan indah yang akan kita cipta.. hanya kita berdua..Hari ulangtahun kelahiranku bakal tiba tidak lama lagi.. mungkin sudah ditakdirkan kau dan aku akan bersama pada hari tersebut untuk sama-sama mencipta suatu memori indah yang akan dikenang sampai bila-bila. Kalau itulah kenyataannya.. akulah insan yang paling bahagia di dunia ini kerana impian dan harapanku akan tercapai. Tak sabar rasanya menunggu kehadiran hari tersebut.. Tak lama lagi sayang.. sabarlah.. ianya pasti akan tiba dan kita pasti akan bersama.. Dapat ku bayangkan alangkah indahnya saat pertemuan itu nanti.. Pertemuan di antara diriku dan sehelai baju biru...berada dibutik sahabat karibku di Ampang.. Baju biru yang penuh bergaya kau pasti jadi milikku jua.. tunggguuuu aku pasti datang...
Sabarlah sayang aku pasti datanggg............

6 ulasan:
alahaiiii lama benornya ngidamnya!!!
puisi muka surat berapa inih ?
farhakesuma n ixoraroxii
farhakesuma n ixoraroxii
tula pasal...bajet asik lari jaa...
tula pasal.. bajet asik lari jaa... kah kah kah
Catat Ulasan