Dalam usiaku yang dah menjangkau 40 tahun ni tak pernah terfikir di benakku akan menerima ujian yang amat berat untuk ku pikul. Bak kata pepatah ditelan mati emak diluah mati bapa. Aku terkapai-kapai dalam mencari jalan mana yang harus kupilih. Sering aku tertanya-tanya mengapa aku harus diuji sedemikian rupa.. apa salah dan dosaku sehingga aku menerima dugaanMu sebegini rupa.
Terlalu banyak hati dan perasaan insan lain yang harus aku jaga.. haruskah aku berkorban demi mereka atau ku turut kata hati??? Aku sendiri tak dapat mencari keputusannya..
Ya Allah ya Tuhan ku.. tolong lah hambamu ini.. berilah aku petunjuk dan hidayahmu agar aku dapat membuat keputusan yang tepat.. agar tiada hati yang terluka.. tiada insan yang merana.. Aminnnn.

3 ulasan:
Tak ada apa pun sebenarnya...
Mungkin itu hanya mimpi di siang hari. Yang mengajak kita supaya terawang-awang sedangkan kita ada rumah teguh yg berpijak di bumi nyata..
Kalu nak kejar buih yang cantik, pelangi yang lawa, laratkah kaki?
Berbanding rumah yang teguh perlu perhatian?
Senaraikan hati siapa yang perlu dijaga?
Mana lebih berhak berbanding nak jaga hati orang yg tiada kaitan langsung, tiada kaitan lagi dengan kehidupan kita hari ini...
ko jangan melalut farha aihh....
nangoi nangoi meraban dah tuhhh
S.A.B.A.R.
Catat Ulasan