Selasa, Disember 15, 2009

Hari Tautan Kasih IV di Kem PLKN Paya Indah Wetland Dengkil 13/12/2009

Tengok bebudak tu orang nak buat angkat barang dengan troley tu .. depa buat tunggangan plak.. sabor jelahh...
Sibuk dok memunggah beg sekolah (dalam beg tu dah ada sepasang baju sekolah dan kasut sekolah) nak bagi pada peserta-peserta yang terdiri dari anak-anak yatim dan anak-anak dari keluarga yag kurang berkemampuan.. kesemuanya disediakan oleh Yayasan Pembangunan Nurhikmah sempena program Back to school yang diadakan setiap tahun.

Kan main lagi anak sulung aku ni... berkayak.. seronok betui dia dapat berkayak..

Excitednya dia nak berkayak.. mula dia ajak mak dia ni.. tapi mak dia ni takut nak masuk dlm air.. fobia.. sebab dulu masa sekolah nyaris nak lemas dalam sungai.. sampai sekarang masih fobia.. takut dengan air yang dalam.. huhuhuhuhu
Member plak ajak aku try flying fox.. hahahhaa lagi la aku tak berani.. kang tak pasal2 aku tak bleh drive kete nak balik umah.. nayaa jaaa...
Syukur Alhamdulillah program Tautan Kasih Ke IV berlalu dengan jayanya. Walaupun kesemua aktiviti diuruskan oleh Kem PLKN tersebut dan kami sukarelawan hanyalah sebagai pemantau sahaja.. namun keletihan tetap terasa...
Terimakasih pada semua yang menjayakan program kali ni dan semoga tahun depan kita akan bertemu lagi dalam program yang sama.. tapi tak tau di mana dan bila.. ada rezeki jumpa lagi. Salammmmm.

2 ulasan:

azieazah berkata...

Weyyy... rugi hang tak terbang.. Kami semua merasaaa...

best gilossss...

*story tak boh lagi di blog Kak Azie.. sbb gambaq lum upload abih lagi....

IXORAROXI berkata...

selamat berbakti..elok pun kamu tak join aktiviti tu, kang depa pulok kena kamu usung atas troley :D